Jumaat, 21 September 2007

Thalassemia

Thalassemia berpunca daripada ibu bapa?

THALASSEMIA merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi daripada ibu bapa kepada anak mereka. Penyakit ini merupakan penyakit genetik atau keturunan di mana penghidap penyakit ini tidak mampu menghasilkan hemoglobin yang normal dan mencukupi untuk membolehkan sel darah merah berfungsi secara normal dalam tubuh kita. Hemoglobin adalah sejenis protein yang bergabung dengan zat besi (heme).
Hemoglobin membolehkan gas oksigen yang disedut meresap kepada sel darah merah dan diangkut bersama untuk menghantar gas oksigen ke tisu-tisu lain dalam badan kita. Bagi seseorang yang normal, jangka hayat sel darah merah adalah kira-kira tiga bulan. Tetapi bagi pesakit thalassemia, jangka hayat sel-sel darah mereka lebih pendek disebabkan hemoglobin yang tidak normal.
Di negara kita, dianggarkan hampir 3-4% penduduk adalah pembawa gen thalassemia. Lazimnya, thalassemia adalah lebih tinggi kadar kejadiannya di kalangan penduduk Mediterranean, Timur Tengah, Itali, Greek, Afrika dan negara-negara di Asi^ Tenggara.

KLASIFIKASI
Terdapat dua jenis thalassemia: Alfa thalassemia dan beta thalassemia. Di dalam hemoglobin, kita, terdapat dua jenis rantaian protein; alpha dan beta. ,Dua unit protein alpha bergabung dengan dua unit protein beta membentuk struktur protein globin dalam hemoglobin. Di dalam alpha thalassemia, struktur protein alpha tidak normal. Manakala dalam beta thalassemia, struktur protein beta tidak normal.
Beta Thalassemia pula terbahagi kepada tiga jenis;
* Thalassemia major
* Thalassemia intermedia
* Thalassemia minor

THALASSEMIA MAJOR
Setiap bayi normal yang dilahirkan mempunyai hemoglobin fetal (HbF), sejenis hemoglobin ketika bayi, yang tinggi. Tetapi dalam tempoh enam bulan pertama, llb akan digantikan sedikit demi sedikit kepada hemoglobin A (Hb A). Hb A adalah hemoglobin dewasa yang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat seseorang. Dianggarkan hampir 100,000 bayi dilahirkan di seluruh dunia dengan thalassemia major. Di India, kira-kira 5,000 hingga 8,000 bayi dilahirkan dengan thalassemia major setiap tahun.
Kebanyakan kanak-kanak thalassemia major ini kelihatan sihat semasa dilahirkan. Walau bagaimanapun, mereka akan mula menunjukkan simptom-simptom penyakit ini selepas kira-kira 3 hingga 12 bulan. Kekurangan hemoglobin dari paras normal dikenali sebagai anemia.
Kekurangan tahap hemoglobin yang kurang daripada 8g/dl mengakibatkan mereka menjadi:
* Pucat
* Tumbesaran terbantut
* Pembesaran limpa (spleen)
* Hilang selera makan
* Pembengkakan hepar
* Kekuningan pada mata putih dan kulit (jaundis)
Thalassemia jenis ini merupakan yang serius di mana pesakit mewarisi kedua-dua gen thalassemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Dalam erti kata lain, kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa gen thalassemia.
Dalam pesakit ini, sumsum tulang akan mengembang (expansion of bone marrow) hingga mengakibatkan lapisan tulang (cortex) menjadi tipis.
Perkembangan sumsum tulang ini terjadi untuk menam-pung keperluan sel darah merah. Di samping itu, sel darah merah juga dihasilkan di limpa dan menyebabkan pembesaran limpa.
Thalassemia major kadangkala dikenali sebagai Medi-tteranean Anemia, Cooley's Anemia atau Homozygous Beta Thalassemia.

THALASSEMIA INTERMEDIA
Thalassemia jenis ini mempunyai ciri-ciri yang tidak begi-tu ketara berbanding dengan thalassemia major.

THALASSEMIA MINOR
Penghidap thalassemia minor 'bebas' daripada sebarang tanda-tanda penyakit. Mereka bukan sahaja dapat menjalani kehidupan seperti biasa, malah tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Thalassemia minor juga dikenali sebagai thalassemia trait. Statistik menunjukkan bahawa kira-kira satu juta orang menghidapi thalassemia minor di Malaysia
Bagaimanapun, jika pesakit disahkan sebagai pembawa, gen yang mereka miliki boleh diwarisi oleh bakal anak mereka dan anak mereka akan menghidap thalassemia major. Justeru itu, mereka memerlukan kaunseling genetik dalam menentukan pilihan pasangan.

BAGAIMANAKAH THALASSEMIA DIWARISI?
Pewarisan genetik thalassemia adalah melalui autosomal resesif. Ini bermakna untuk seseorang mendapat thalassemia major, kedua-dua ibu bapanya haruslah se-kurang-kurangnya menjadi pembawa gen (thalasemia minor/trait).
Jika kedua-dua ibu bapa merupakan penghidap thalassemia trait/minor;
* Peluang untuk mendapat anak yang menghidap thalassemia major adalah 1 daripada 4 orang (25%)
* Peluang untuk mendapat anak yang menghidap thalassemia minor (seperti ibu bapa mereka) adalah 1 daripada 2 orang (50%).
* Peluang untuk mendapat anak yang normal adalah 1 daripada 4 orang (25%).

PENCEGAHAN
Hingga ke hari ini tidak ada sebarang pencegahan khusus yang dapat dilakukan untuk mengatasi penyakit ini. Seandainya anda mengetahui bahawa anda atau pasangan anda merupakan pembawa atau penghidap thalassemia, anda haruslah mendapatkan kaunseling genetik di mana doktor akan menjelaskan dan membincangkan pilihan kepada anda.
Diagnosis atau ujian darah yang spesifik perlu dilakukan seperti hemoglobin elektroforesis. Beberapa ujian DNA (pembentukan genetik) perlu dilakukan ke atas contoh darah atau uri (placenta) dalam kandungan.
Pencegahan thalassemia juga dapat dilakukan melalui kaedah penyelidikan kepada pasangan yang menghidap penyakit ini seperti pre natal diagnosis, kaunseling dan pemindahan sum sum tulang.

RAWATAN
Antara kaedah rawatan yang sedia ada untuk penyakit thalassemia major adalah pemindahan darah yang teratur dan penggunaan rawatan desfemoxamine (untuk mengu-rangkan kandungan zat besi yang berlebihan dalam badan akibat pemindahan darah). Walaupun kaedah ini sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi,-"tetapi hasilnya agak memberangsangkan. Selain itu, terdapat juga rawatan pembedahan yang dapat membantu pesakit ini seperti' spelenectomy dan pemindahan tulang sumsum. Splenectomy atau pembedahan mengeluarkan sebahagian daripada linnpa, meskipun tidak dapat menyembuhkan thalassemia, tetapi jika organ terlalu aktif,.ini akan memusnahkan sel-sel darah merah.
Manakala pemindahan sumsum tulang, dapat menyembuhkan pesakit sekiranya ada kesesuaian di antara penderma dan penerima.
Kanak-kanak yang menghidap thalassemia major, jika tidak dirawat akan meninggal dunia dalam tempoh lima tahun hayat mereka. Ini adalah disebabkan oleh kesan dan komplikasi anemia terhadap jantung dan organ lain dalam badan.
Oleh hal yang demikian, janganlah dibiarkan anak-anak kita merana disebabkan sikap kita yang acuh tak acuh dalam usaha merawat dan menyembuhkan penyakit anak-anak kita. Insya-Allah dengan kesungguhan dan doa kita akan datanglah pertolongan daripada-Nya untuk kesejahteraan anak-anak kita.

Kanser

Kanser

Kanser merupakan kumpulan penyakit yang terdiri dari 210 jenis penyakit. Kanser adalah antara 10 penyebab kematian. Kanser boleh di rawat tetapi tidak boleh di sembuhkan.

Apa itu kanser?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya. Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan. Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Terdapat berbagai-bagi jenis kanser. Penyakit ini sering menyerang organ-organ seperti paru-paru, otak, payu dara, serviks dan lain-lain. Tiga jenis kanser yang paling utama di Malaysia adalah kanser paru-paru, kanser payudara dan kanser serviks. Kanser payudara dan kanser serviks hanya menyerang golongan wanita.

Penyakit-penyakit kanser hanya boleh di beri ubat untuk mengurangkan kesakitan kerana penyakit kanser di katakan tidak boleh diubati atau dipulihkan jika ia dikesan terlalu lambat. Pemulihan pula hanya boleh di lakukan jika kanser tersebut dikesan pada peringkat awal.

Kebanyakkan penyakit kanser hanya menyedarinya pada peringkat akhir dan ia adalah sudah terlambat. Rawatan radiotrrafi dan kemoterafi akan membunuh bukan sahaja sel kanser, tetapi kesemua sel hanya akan menyebabkan sel kurang aktif untuk berapa seketika sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat alternatif kepada perubatan moden yang dikenali sebagai perubatan komplimentari yang dikatakan dapat memulihkan penyakit.

Kanser Paru-paru (Lung Kanser)

Merokok adalah sebab utama kanser paru-paru

Kanser Usus (Colon Kanser)

Makan daging berlebihan lemak dan kurang makan sayur-sayuran(serabut(ciber)) dan faktor usia lebih daripada 50 tahun adalah antara punca utama kanser jenis ini.

Polyp dan Tumor dalam gambar diatas adalah kanser.

Kanser serviks

Antara sebab ialah terjangkit virus akibat mengadakan seks dengan kerap dan bertukar pasangan.

 
  


Ahad, 16 September 2007

SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH

Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


"Setiap Sedutan, Membawa Padah"

Sabtu, 15 September 2007